Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah kerana masih diberiNya peluang untuk meneruskan perjuangan mengejar cita-cita untuk mendapatkan keredhaanNya. Manusia diciptakan oleh Allah bukan sia-sia. Kita semua dilahirkan dengan satu tujuan yang sangat penting iaitu untuk kita mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. Pengabdian ini sangat penting untuk menentukan masa hadapan kita yang kekal iaitu sama ada kita ke syurga atau pun ke neraka. Oleh itu, kita haruslah mempersiapkan diri kita untuk membolehkan kita mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. sepenuhnya.....
Banyak perkara yang boleh kita lakukan untuk mencapai tujuan ini, di antaranya kita perlu melengkapkan diri dengan ciri-ciri sebagai seorang muslim atau seorang muslimah. Kita boleh sahaja mengetahui, memahami dan menghafal kesemua ciri-ciri ini, tetapi...... bagaimana kita ingin melaksanakannya dalam kehidupan kita? Ramai yang berjaya menjadikan ia tersemat dalam ingatan tetapi gagal mengamalkannya atau menterjemahkannya dalam kehidupan.
Ciri-ciri Muslim/Muslimah yang telah digariskan oleh Imam As-syahid Hassan Al-Banna:-
1. Salimul Aqidah (Aqidah yang sejahtera)
Salimul aqidah
merupakan sesuatu yang harus ada pada setiap muslim. Dengan aqidah yang sejahtera, seseorang muslim akan memiliki ikatan yang kuat dengan Allah SWT.
Dengan ikatan yang kuat ini dia tidak akan menyimpang dari jalan dan
ketentuan-ketentuanNya.
2. Sohihul Ibadah (ibadah yang benar)
Sohihul ibadah merupakan salah satu perintah Rasulullah SAW yang penting. Baginda bersabda:
“Shalatlah kamu sebagaimana melihat aku shalat”.
Dari ungkapan ini maka dapat disimpulkan bahawa dalam melaksanakan
setiap ibadah, haruslah kita merujuk kepada sunnah Rasul SAW yang bermaksud tiada unsur penambahan atau pengurangan.
3. Matinul Khuluq (akhlak yang mantap)
Matinul khuluq
merupakan sikap dan tingkahlaku yang harus dimiliki oleh setiap muslim,
baik dalam hubungannya dengan Allah SWT mahupun dengan
makhluk-makhlukNya. Dengan akhlak yang mantap, manusia akan bahagia dalam kehidupannya, baik di dunia atau pun di akhirat.
4. Qowiyyul Jismi (Tubuh badan yang sihat)
Qowiyyul jismi
merupakan salah satu ciri-ciri muslim yang harus dimiliki. Tubuh badan yang sihat bermaksud seorang muslim memiliki daya tahan tubuh sehingga dapat
melaksanakan ajaran Islam secara optimum dengan fizikal yang kuat.
Solat, puasa, zakat dan haji merupakan amalan di dalam Islam yang harus
dilaksanakan dengan fizikal yang sihat dan kuat. Lebih-lebih lagi untuk berjihad di
jalan Allah dan bentuk-bentuk perjuangan lain.
5. Mutsaqqoful Fikri (berpengetahuan luas)
Mutsaqqoful fikri merupakan salah satu ciri muslim yang penting memandangkan salah satu sifat Rasul adalah fatonah (cerdas).
6. Mujahadatul Li nafsihi (Bermujahadah melawan hawa nafsu)
Mujahadatul li nafsihi
merupakan salah satu ciri yang harus ada pada diri seorang
muslim kerana setiap manusia memiliki kecenderungan pada yang baik dan
yang buruk. Melaksanakan kecenderungan pada yang baik dan menghindari
yang buruk amat menuntut adanya kesungguhan.
7. Harisun Ala Waqtihi (pandai menjaga waktu)
Harisun ala waqtihi
merupakan faktor penting bagi manusia. Waktu mendapat
perhatian yang sangat besar dari Allah dan Rasul-Nya. Allah SWT banyak
bersumpah di dalam Al Qur’an dengan menyebut nama waktu seperti wal
fajri, wad dhuha, wal asri, wallaili dan seterusnya.
8. Munazzomun fi Syu'unihi (tesusun dalam suatu urusan)
Munazzomun fi syu'unihi
termasuk dalam ciri seorang muslim yang ditekankan oleh Al Qur’an
dan sunnah. Sebab itu dalam hukum Islam, baik yang berkaitan
dengan masalah ubudiyah atau muamalah harus diselesaikan dan
dilaksanakan dengan baik. Ketika suatu urusan dilakukan secara
bersama-sama, maka diharuskan bekerjasama dengan baik sehingga Allah
menjadi cinta kepadanya.
9. Qodirun Alal Kasbi (berdikari)
Qodirun alal kasbi
merupakan ciri lain yang harus ada pada diri seorang muslim. Ini
merupakan sesuatu yang amat diperlukan. Mempertahankan kebenaran dan
berjuang menegakkannya akan boleh dilaksanakan sekiranya seseorang ciri ini terutamanya dari segi ekonomi. Ramai yang terpaks seseorang
mengorbankan prinsip yang telah dipegangnya kerana tidak dapat berdikari terutamanya dari segi ekonomi.
10. Nafi’un Li Ghoirihi (bermanfaat untuk orang lain)
Nafi’un lighoirihi merupakan satu tuntutan kepada setiap muslim. Manfaat yang dimaksudkan adalah manfaat yang baik sehingga dimanapun dia berada, orang
disekitarnya merasakan kehadirannya.
Ini adalah ciri muslim yang kita boleh dapati dengan mudah di dalam dunia tanpa sempadan ini, tetapi bagaimanakah kita nak betul-betul menjadikan ciri ini ada pada kita.............?
Rahsianya adalah dengan "TARBIYAH"
.jpg)
